Ahad, 18 Januari 2009

Panas Salju

Hari ini lolipop dah habis baca komsas ting.3 yang bertajuk Panas Salju karya Talib Samat. Pada mulanya lolipop hanya tengok sipnopsis aje nampak cam tak best, tapi ni wajib dibaca oleh semua pelajar ting.3. Yelah lolipop kan mana lah suka baca novel ni(BM lak tu) tapi lepas aje baca citer ni memang sedih la. Maksud panas salju adalah harapan yang tak kesampaian. Salju apabila terkena panas matahari akan cair dan kembali menjadi cecair, tak tahan lama dan musnah.
dedikasi
kepada para ibu di seluruh dunia
yang berkorban jiwa raga
demi kebahagiaan anak-anak yang dilahirkan
dari rahim dan perut mereka sendiri
sesungguhnya pengorbanan kalian terlalu agung
tiada kata secantik bahasa
untuk melukiskan dan mengambarkannya
kecuali para ibu sendiri yang mengalaminya
kenangilah jasa para ibu dan bapa
yang memungkinkan seseorang insan itu
melihat bulan dan matahari
dan segala ciptaan Allah Yang Maha Indah ini
semoga sejahteralah para ibu
dan insan yang bergelar ibu dan yang nakal
menjadi ibu kutitipkan kisah ini dan buat menghargai
dan mengenang jasa serta pengorbanan
mereka yang gemilang itu yang
terus mewangi sepanjang zaman.
Dipetik daripada Panas Salju.
Cerita ni mengisahkan tentang seorang anak (Nadhirah) yang sakit kerana rosak hati dan hempedu. Ibunya telah mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah. Tetapi kos untuk pembedahan ini terlalu tinggi. Mereka perlu mendapatkan rawatan di London. Kemudian seorang jutawan iaitu Tan Sri Shamsudin,Pengarah Sapura Holding memberitahu akan membiayai semua kos perubatan Nadhirah dan ibunya setelah membaca cerita tentang mereka di akhbar. Lima tahun kemudian ibu Nadhirah meninggal kerana risiko yang dihadapi setelah pembedahan itu.
panas salju Pictures, Images and Photos
Panas Salju.
Warghh!Sedih ar baca citer ni. Yang ni baru ting.3 kalau tingkatan lain mesti dah meleleh air mata. Komsas B.I belum habis baca lagi, pening jalan cerita nya tentang Dr.Jekyl And Mr. Hyde. Aiyoyo kejap dia jadi peguam kejap jadi doktor kejap jadi ni and then jadi tu. All of we in the class didn't understand what the story is until our teacher Miss. Sundari explain it. And then we said ooooh like thatlah. We think like thislah. Sorilah teacher we don't understand lah.He he he he! -_-
lolipop Pictures, Images and Photos Ryoma Echizen
lolipop 2 Pictures, Images and Photos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan